Pagi semalam, Zulkifli turut menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin PKR berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad, mengenai isu kalimah Allah. Zulkifli berkata, isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang adalah antara mainan politik firaun kecil itu. Sebelum ini, Zulkifli dalam program Soal Jawab di TV3 mengibaratkan DAP sebagai duri dalam daging bagi pakatan pembangkang. DAP juga dikatakan mula mencanangkan agenda 'Middle Malaysia' dan cuba menukar Malaysia menjadi seperti Macau dan Hong Kong. Ditanya siapa firaun kecil yang dimaksudkan itu, Ahli Parlimen dari PKR itu berkata: "Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya. Sampai masa saya akan beritahu." Ditanya sama ada pemimpin PKR lain termasuk Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari kehadiran firaun kecil itu, beliau berkata, pemimpin berkenaan menyedarinya lebih-lebih lagi selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan keluar parti. Zulkifli berkata, firaun kecil itu mula menguasai PKR selepas pilihan raya umum 2008 yang memperlihatkan penguasaan pakatan pembangkang ke atas Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. "Sejak menang pilihan raya umum lalu, agenda mereka makin jelas dan mereka semakin berani sebab itu tindakan kita juga semakin berani. Antara agenda utama firaun kecil ini ialah membawa keluar Malaysia dari kerangka Perlembagaan Persekutuan," katanya. -bharianOleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
ZULKIFLI ketika sidang media di luar pejabatnya di Wisma Yakin, Kuala Lumpur, semalam.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dakwa pembangkang mahu hapus dasar agama Islam, Raja dan bahasa Melayu
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, mendakwa pakatan pembangkang kini dikuasai 'firaun kecil' yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan dasar berhubung kedudukan agama Islam, Raja dan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, usaha juga sedang dilakukan oleh firaun kecil itu untuk 'membunuh karakter' pemimpin dalam pakatan pembangkang termasuk beliau sendiri kerana cuba mempertahankan dasar berkenaan.
"Saya cukup yakin ada niat jahat di kalangan firaun kecil yang mahu melihat saya keluar dari PKR (Parti Keadilan Rakyat). "Firaun kecil ini bukan saja berada dalam PKR, tetapi juga dalam komponen pakatan dan di luar termasuk di kalangan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersekongkol untuk menjayakan agenda politik menerusi slogan dan pendekatan baru. "Malah, saya boleh katakan bahawa parti sudah dirampas oleh firaun kecil... saya berasakan golongan itu cuba membawa pakatan pembangkang dan PKR ke arah memenuhi agenda mereka dan kelihatan mereka hampir berjaya," katanya pada sidang media di luar pejabatnya di Wisma Yakin di sini, semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





















Post a Comment